Steps
Evelyn's Playtime
Thursday, February 24, 2022
Sunday, August 25, 2019
Taman Air Terjun di Lawas! Penawan Waterfall
Hari ini saya ingin berkongsi dengan netizen sekalian tentang pengalaman saya membawa anak saya (yang berumur 4 Tahun) ini ke Penawan Waterfall.
Sudah 7 tahun sejak yang menetap di lawas tetapi saya langsung tidak tahu bahawa ada tempat yang begitu menarik di Lawas ini. Yang saya tahun Pantai Punang dan Pantai Kuala Lawas sahaja. Jadi saya pun berfikir, tiada lagikah tempat lain yang boleh yang kunjungi bersama-sama dengan anak saya ini?
Saya mula melakukan pencarian di dalam Google, Facebook dan sebagainya. Akhirnya, saya menjumpai "Penawan Waterfall" ini di dalam Facebook. Dengan sedikit usaha, saya dapat nombor telefon pihak pengurusan Penawan Waterfall. Saya pun, "Whatapps"nya dan mendapatkan maklumat lanjut daripadanya.
Berikut adalah brosur yang dia whatapps kepada saya.
![]() |
| Brosur Penawan Land of Waterfall |
Memang tidak mengecewakan, Eco Park ini sangat unik dan seronok bagi mereka yang sukakan cabaran/ adventure. Ini kerana laluannya yang dikekalkan dalam keadaan semula jadinya cukup mencabar. Tiada laluan pejalan kaki (yang berkayu itu). Semuanya berjalan di atas tanah atau batu. Kalau hujan memang licin. Ada tempatnya, laluannya sangat curam, jadi kita perlu naik/ turun seperti gaya abseiling (menggunakan tali). Saya tidak berkesempatan mengambil gambar laluan-laluan ini sebab perlu menjaga keselamatan anak saya. Sorry!
Ada juga satu bahagian di mana kami perlu memanjat tangga (yang diperbuat daripada batang pokok). Yang ini saya sempat rakam videonya sebelum kami memanjat naik tangga tersebut.
Ada juga satu bahagian di mana kami perlu memanjat tangga (yang diperbuat daripada batang pokok). Yang ini saya sempat rakam videonya sebelum kami memanjat naik tangga tersebut.
Kami mengambil pakej yang paling mudah iaitu "Take It Easy Package". Dalam pakej ini
Sunday, July 14, 2019
Seronoknya bermain kalau ada Telur Kejutan sebagai hadiah!
Permainan seperti catur dan jigsaw puzzle pun boleh menjadi permainan yang menyeronokkan di rumah. Janji ada Telur Kejutan sebagai hadiah... Kanak-kanak mana yang tidak suka hadiah?
Tuesday, July 9, 2019
Shopping List Mission, Evelyn Go Shopping at Supermarket
Evelyn's brother was sleeping. She was given a mission to go shopping for some goods. Watch how she gets her mission done!
Saturday, July 6, 2019
Seronoknya bermain dengan Tepung!
Evelyn bermain olok-olok dengan tepung... Seronoknya!
Selepas mengambil video beberapa kali, dia telah menunjukkan kemajuan. Dia sudah dapat mengucapkan lebih banyak dialog dalam videonya.
Wednesday, July 3, 2019
Cabaran "Scavenger Hunt" Disney Princess oleh Evelyn
Evelyn sentiasa berfikir tentang permainan baharu yang dapat dimainnya. Pada petang suatu hari, dia memberitahu ayahnya bahawa dia ingin bermain "Scavenger hunt" dan mencari patung-patung Puteri Disneynya. Jadi ayahnya telah membantu menyembunyikan patung-patung itu.
Dapatkah Evelyn mencari patung-patung itu semula? Mari kita saksikan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
