Sunday, August 25, 2019

Taman Air Terjun di Lawas! Penawan Waterfall




Hari ini saya ingin berkongsi dengan netizen sekalian tentang pengalaman saya membawa anak saya (yang berumur 4 Tahun) ini ke Penawan Waterfall.

Sudah 7 tahun sejak yang menetap di lawas tetapi saya langsung tidak tahu bahawa ada tempat yang begitu menarik di Lawas ini. Yang saya tahun Pantai Punang dan Pantai Kuala Lawas sahaja. Jadi saya pun berfikir, tiada lagikah tempat lain yang boleh yang kunjungi bersama-sama dengan anak saya ini?

Saya mula melakukan pencarian di dalam Google, Facebook dan sebagainya. Akhirnya, saya menjumpai "Penawan Waterfall" ini di dalam Facebook. Dengan sedikit usaha, saya dapat nombor telefon pihak pengurusan Penawan Waterfall. Saya pun, "Whatapps"nya dan mendapatkan maklumat lanjut daripadanya.

Berikut adalah brosur yang dia whatapps kepada saya.
Brosur Penawan Land of Waterfall
Tanpa membuang masa, saya pun membuat tempahan. Kami pergi pada hari Sabtu dan kami berjumpa dengan Joseph di simpang Jalan Pa Puti ini pada kira-kira pukul 9 pagi. Dari simpang jalan itu, kami menaiki 4x4 selama kira-kira 30minit untuk sampai ke Penawan Eco Park. Jalannya yang sangat teruk, menjadikannya tidak dapat sampai dengan kereta biasa.

Memang tidak mengecewakan, Eco Park ini sangat unik dan seronok bagi mereka yang sukakan cabaran/ adventure. Ini kerana laluannya yang dikekalkan dalam keadaan semula jadinya cukup mencabar. Tiada laluan pejalan kaki (yang berkayu itu). Semuanya berjalan di atas tanah atau batu. Kalau hujan memang licin.  Ada tempatnya, laluannya sangat curam, jadi kita perlu naik/ turun seperti gaya abseiling (menggunakan tali). Saya tidak berkesempatan mengambil gambar laluan-laluan ini sebab perlu menjaga keselamatan anak saya. Sorry!

Ada juga satu bahagian di mana kami perlu memanjat tangga (yang diperbuat daripada batang pokok). Yang ini saya sempat rakam videonya sebelum kami memanjat naik tangga tersebut.

Kami mengambil pakej yang paling mudah iaitu  "Take It Easy Package". Dalam pakej ini