Sunday, June 30, 2019
Kebaikan Bermain di Taman Permainan! Evelyn Pergi ke Taman Permainan!
Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin.. Di situlah tempatnya pelbagai deria utama anak-anak kita diransang. Ingat tak lagi bila kita kecil, taman permainanlah tempat yang paling menyeronokkan kepada kita.
1. Di taman permainan otot anak-anak kita diransang.
Ini menjadikan mereka kuat. Bila otot utama diransang, menjadikan mereka dapat menulis dengan lebih baik. Anak-anak zaman sekarang jarang melakukan aktiviti luar. Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan baik. Bila sahaja disuruh menulis, mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku mereka. Ini kerana kurangnya kekuatan dan ransangan.
2. Anak-anak belajar menyimbangkan badan
Pelbagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh anak-anak ketika di taman permainan. Dan antara aktiviti yang dilakukan, pasti ada yang melibatkan imbangan. Inilah yang meningkatkan lagi imbangan mereka. Bila sampai masa belajar berbasikal. Mereka dapat belajar dengan lebih cepat. Kerana kemahiran asas dah ada.
3. Meningkatkan imaginasi mereka
Pernah lihat anak-anak bermain olok-olok di taman permainan? Ini namanya imaginasi dan imaginasi meningkatkan kreativiti mereka.
Jadi apa tunggu lagi... bawalah anak-anak ke taman permainan!
Juga lihatlah betapa gembiranya Evelyn bermain di taman permainan Lawas walaupun serba kekurangan.... Dan banyak yang dah rosak... Sedih!
Labels:
bermain,
kemahiran psikomotor,
kemahiran sosial,
Lawas,
sarawak,
taman permainan
Location:
Lawas, Sarawak, Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment