Evelyn telah pandai berenang seawal 2 Tahun. Ketika saya membawanya ke kolam renang buat pertama kalinya, ramai ibu bapa yang terpesona melihat budak berumur 2 Tahun ini berenang.
"Anak saya ini sudah 7 tahun tapi masih takutkan air. Macam mana kamu ajar anak kamu berenang?" Inilah antara respons yang saya dapat daripada ibubapa ini.
Jadi, saya pun membuat keputusan untuk berkongsi rahsia saya dalam mengajar anak saya untuk berenang. Saya mengajarnya berenang DI RUMAH SAHAJA dengan kolam renang kanak-kanak BERHARGA RM49.90 SAHAJA yang dibeli dari Mr.DIY.
Betulkah?Ya... Sebab di Lawas, tiada kolam renang. Kolam renang yang paling hampir ialah di Temburong, Brunei (40 minit dari rumah).
Ini rahsia saya... Cuma 3 langkah:
- Mengapung secara baring.
- Mengapung secara meniarap.
- Berenang.
Langkah 1 - baringkan anak di atas air. Berikannya sokongan di kepada. Pastikan kepalanya mendongak (kalau tidak, akan tenggelam)
Kalau dah yakin... boleh buat langkah 2
Langkah 2 - Bila anak dah bersedia. Suruhnya menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, meniarapkannya di atas air. Dia PASTI akan terapung.
Masalah dengan anak kecil ini ialah (1) dia tak yakin (2) takut...Kalau dia dah berani dengan langkah 2. Boleh pergi ke langkah 3.
Langkah 3 - Suruhnya tendang sedikit ketikanya dalam posisi meniarap (langkah 2 itu). Bila dia dapat buat ini, dia akan mula berasa seronok... Suruhnya tambahkan lagi dengan kayuhan tangan...
dan Tahniah! Anak anda sudah boleh berenang.
Untuk maklumat lanjut...Lebih baik anda tontonilah video di atas... Jangan lupa SUBSCRIBE channel kami di dalam YOUTUBE.
Sekian!