Tuesday, July 9, 2019

Shopping List Mission, Evelyn Go Shopping at Supermarket





Evelyn's brother was sleeping. She was given a mission to go shopping for some goods. Watch how she gets her mission done!

Saturday, July 6, 2019

Seronoknya bermain dengan Tepung!





Evelyn bermain olok-olok dengan tepung... Seronoknya!

Selepas mengambil video beberapa kali, dia telah menunjukkan kemajuan. Dia sudah dapat mengucapkan lebih banyak dialog dalam videonya.

Wednesday, July 3, 2019

Cabaran "Scavenger Hunt" Disney Princess oleh Evelyn



Evelyn sentiasa berfikir tentang permainan baharu yang dapat dimainnya. Pada petang suatu hari, dia memberitahu ayahnya bahawa dia ingin bermain "Scavenger hunt" dan mencari patung-patung Puteri Disneynya. Jadi ayahnya telah membantu menyembunyikan patung-patung itu. 

Dapatkah Evelyn mencari patung-patung itu semula? Mari kita saksikan...

Sunday, June 30, 2019

Belajar berenang dengan 3 langkah mudah!



Evelyn telah pandai berenang seawal 2 Tahun. Ketika saya membawanya ke kolam renang buat pertama kalinya, ramai ibu bapa yang terpesona melihat budak berumur 2 Tahun ini berenang.

"Anak saya ini sudah 7 tahun tapi masih takutkan air. Macam mana kamu ajar anak kamu berenang?" Inilah antara respons yang saya dapat daripada ibubapa ini.

Jadi, saya pun membuat keputusan untuk berkongsi rahsia saya dalam mengajar anak saya untuk berenang. Saya mengajarnya berenang DI RUMAH SAHAJA dengan kolam renang kanak-kanak BERHARGA RM49.90 SAHAJA yang dibeli dari Mr.DIY.

Betulkah?Ya... Sebab di Lawas, tiada kolam renang. Kolam renang yang paling hampir ialah di Temburong, Brunei (40 minit dari rumah).

Ini rahsia saya... Cuma 3 langkah:

  1. Mengapung secara baring.
  2. Mengapung secara meniarap.
  3. Berenang.
Langkah 1 - baringkan anak di atas air. Berikannya sokongan di kepada. Pastikan kepalanya mendongak (kalau tidak, akan tenggelam)

Kalau dah yakin... boleh buat langkah 2

Langkah 2 - Bila anak dah bersedia. Suruhnya menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, meniarapkannya di atas air. Dia PASTI akan terapung.

Masalah dengan anak kecil ini ialah (1) dia tak yakin (2) takut...Kalau dia dah berani dengan langkah 2. Boleh pergi ke langkah 3.

Langkah 3 - Suruhnya tendang sedikit ketikanya dalam posisi meniarap (langkah 2 itu). Bila dia dapat buat ini, dia akan mula berasa seronok... Suruhnya tambahkan lagi dengan kayuhan tangan...

dan Tahniah! Anak anda sudah boleh berenang.

Untuk maklumat lanjut...Lebih baik anda tontonilah video di atas... Jangan lupa SUBSCRIBE channel kami di dalam YOUTUBE. 

Sekian!

Evelyn Main Peranan Membuat Kek! Sedap



Kanak-kanak memang suka Main Peranan (Role-Playing). Jadi, apa salahnya kalau kita ajar anak kita melalui main peranan?

Kita hasilkan satu situasi kemudia main peranan dengan akan kita pasti menyeronokkan, betul tak?

Kita boleh menetapkan beberapa peraturan mudah untuk meningkatkan pembelajaran anak-anak kita ketika main peranan. Antaranya ialah kita boleh tetapkan Bahasa Pengantaraan seperti Bahasa Inggeris kalau kita hendak meningkatkan Bahasa Inggerisnya...

A picture means a thousand words... A video means millions of words... Tontonilah video kami di Youtube! Jangan lupa untuk SUBSCRIBE! Thank you!

Kebaikan Bermain di Taman Permainan! Evelyn Pergi ke Taman Permainan!



Bawalah anak ke playground sekerap yang mungkin.. Di situlah tempatnya pelbagai deria utama anak-anak kita diransang. Ingat tak lagi bila kita kecil, taman permainanlah tempat yang paling menyeronokkan kepada kita.

1. Di taman permainan otot anak-anak kita diransang.

Ini menjadikan mereka kuat. Bila otot utama diransang, menjadikan mereka dapat menulis dengan lebih baik. Anak-anak zaman sekarang jarang melakukan aktiviti luar. Inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menulis dengan baik. Bila sahaja disuruh menulis, mereka suka mengangkat sekali bahu dan siku mereka. Ini kerana kurangnya kekuatan dan ransangan.

Monday, December 3, 2018

Resipi Ais Krim Milo yang Mudah! Cuma 3 Bahan!



Untuk menambahkan keseronokan kepada pengalaman belajar Evelyn. Saya telah merancang satu aktiviti yang menarik iaitu membuat ais krim dengannya. Mestilah seronok, kanak-kanak manakah yang tidak suka ais krim?

Mari kita tonton video ini dan membuat ais krim Milo ini bersama-sama dengan anak kita...

Dan jangan lupa SUBSCRIBE! channel kami di Youtube.
SUBSCRIBE Jangan tak SUBSCRIBE!

Terima Kasih